MYTID : Rehabilitation of Street Children Through Football

MYTID : Rehabilitation of Street Children Through Football

16 – 20 Jan 2023 – Pertubuhan Pendidikan, Saintifik dan Kebudayaan Islam (Islamic World Educational, Scientific and Cultural Organization – ICESCO) ialah sebuah organisasi antarabangsa di bawah naungan Pertubuhan Kerjasama Negara-Negara Islam (Organisation of Islamic Cooperation-OIC). ICESCO bertanggungjawab dalam merancang dan menyelaras dasar, hala tuju serta aspirasi dunia islam daripada perspektif pendidikan, saintifik dan juga budaya dalam kalangan 54 negara angotta ICESCO. Di Malaysia, Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) merupakan National Point of Contact for ICESCO yang bertanggungjawab untuk menyokong usaha ICESCO di Malaysia.

ICESCO telah mempelawa empat (4) negara termasuk Malaysia untuk menganjurkan program Rehabilitation of Street Children Through Football dengan penglibatan 60 kanak-kanak jalanan (street children). Program ini di Malaysia dianjurkan oleh pihak ICESCO dengan kerjasama Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM), Kementerian Belia dan Sukan (KBS), Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) dan Pusat Pendidikan ICESCO di Malaysia, Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor (KUIS) pada 16 hingga 20 Januari 2023. Projek pertama kali diadakan bagi 35 kanak-kanak Sekolah Bimbingan Jalinan Kasih (SBJK) yang terletak dibawah naungan KPM dan 25 kanak-kanak Sekolah Tunas Bakti (STB) Sungai Besi dibawah naungan KPWKM. Tujuan utama program ini adalah untuk memperkasakan kanak-kanak jalanan (street children) dan memberi peluang kepada mereka untuk kembali menjalani kehidupan biasa melalui sukan bola sepak.

Peserta dari SBJK dan STB yang berumur 7 hingga 17 tahun menyertai projek ini yang dilaksanakan secara aktiviti berkhemah dengan berfocus kepada modul academic activity, playful activity dan sportive activity termasuk latihan pertandingan bola sepak pada waktu petang selama 5 hari dari 16 hingga 20 Januari 2023. Sebagai kemuncak, pertandingan bola sepak diadakan antara empat (4) pasukan yang dibentuk melalui 60 kanak-kanak. Manakala pertandingan akhir diadakan antara 22 peserta terbaik. Para peserta juga telah melawat Institut Sukan Negara (ISN) dan Majlis Sukan Negara (MSN) di Bukit Jalil, Kuala Lumpur. Disana mereka telah menjalani latihan bersama jurulatih terpilih dan terlibat dengan pertandingan persahabatan serta Ujian Bateri Talent Identification Development (TID).

Share this post