RINGKASAN MYTID

MENGAPA

PENUBUHAN MYTID

Membentuk potensi bakat melalui penyelidikan saintifik.
Memperkukuhkan ekosistem bakat sukan akar umbi melalui pendekatan sistematik dan saintifik bagi bidang Pengenalpastian dan Pembangunan Bakat (TID).
Kajian rintis / Bukti konsep (POC)

RASIONAL KAMI

Memperluaskan kumpulan bakat dengan melaksanakan bateri ujian motor di sekolah/ kelab.

Mengekalkan pemain yang tidak dipilih dalam kumpulan bakat yang boleh digunakan di masa akan datang.

Meminimumkan kehilangan bakat melalui pendekatan saintifik.

Mengelakkan penyingkiran bakat late maturer – menerapkan kaedah Bio-Banding.

ASPIRASI

Mengenalpasti bakat berpotensi di kalangan kanak-kanak yang belum terlibat dalam sukan spesifik (Talent Detection).       

Membimbing bakat berpotensi untuk disalurkan ke sukan-sukan spesifik  (Talent Orientation).

Menjalankan program pengenalpastian atlet muda yang berpotensi menyumbang kepada pingat (Talent Identification).

Mengenalpasti atlet berpotensi untuk disalurkan atau diketengahkan ke Program Pembangunan atau kelab-kelab spesifik bagi tujuan pembangunan sukan spesifik (Talent Development).

Meningkatkan penglibatan kanak-kanak bukan sahaja untuk sukan prestasi tinggi tetapi untuk Sukan Untuk Semua/Sukan Massa (Sports for All).                                                       

Meningkatkan kefahaman guru tenaga penguji/jurulatih dengan proses tumbesaran dan peningkatan prestasi atlet muda.

PERANAN

PELAN PELAKSANAAN

LANGKAH KE HADAPAN