IMPLEMENTATION STRATEGY

Program MyTID KPM-KBS akan melibatkan seramai 500 orang guru tenaga penguji terlatih (dikenali sebagai Talent Eagle) serta sasaran penyertaan seramai 60,000 orang murid dari sekolah rendah (tahun 1-6).

Kerjasama strategik ini melibatkan semua Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) dan Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) mengikut zon di Malaysia meliputi Zon Utara, Timur, Selatan, Tengah dan Malaysia Timur dengan anggaran 150 buah sekolah rendah secara Proof of Concept (POC) bagi tahun 2021 hingga 2023 dan dijangka akan dikembangkan secara meluas ke seluruh negeri mulai tahun 2024 hingga 2030.