Mesyuarat jawatankuasa kerja KBS-KPM-KPT bil 1/2009 bertarikh 18 Februari 2009, telah memberi mandat kepada ISN dengan Kerjasama Bahagian Sukan, Kokurikulum dan Kesenian (BSKK), Kementerian Pelajaran Malaysia. Mesyuarat jawatankuasa kabinet Pembangunan Sukan bertarikh 4 September 2014 yang dipengerusikan oleh Timbalan Perdana Menteri telah bertujuan untuk menyusun semula dan menambah baik Program Pengenalpastian Bakat (TID) bagi bidang sukan melalui strategi Lautan Biru Kebangsaan (NBOS) untuk mencungkil bakat baharu atlet.
Hasil mesyuarat merumuskan bahawa bakat atlet muda wajar digilap di peringkat awal untuk mengatasi kekurangan atlet pelapis dan penekanan menyeluruh perlu diberikan untuk mengenalpasti bakat baharu melalui jalinan kerjasama strategik dengan lebih sistematik.
Program TID adalah kunci untuk mengerakkan proses kitaran yang lebih rancak dalam pembangunan sukan negeri di samping akan meningkatkan minat serta budaya bersukan di peringkat akar umbi.
Sejajar itu, program ini akan dijalankan secara rintis sebagaimana saranan YB Dato’ Sri Reezal Merican bin Naina Merican, mantan Menteri Belia dan Sukan sesi taklimat ISN kepada beliau pada 7 April 2020 dengan memilih lima belas (15) sekolah Persekutuan Putrajaya, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Selangor. Program rintis ini akan melibatkan pemegang taruh berkepentingan bagi menjayakan matlamat yang ditetapkan.