MYTID : Program Tenaga Pengajar / Training of Trainers (TOT) KPM – KBS (Siri 1)

MYTID : Program Tenaga Pengajar / Training of Trainers (TOT) KPM – KBS (Siri 1)

3 – 7 Oktober 2022 – Alhamdulillah, Kursus Tenaga Penguji / Training of Trainers (ToT) MYTID KPM-KBS telah selesai dilaksanakan selama 5 hari bertempat di Institut Sukan Negara, Kuala Lumpur. Kursus ini dimulakan dengan sesi bersama Fasilitator dan diteruskan dengan sesi bersama guru tenaga penguji (Talent Eagle). Seramai 120 peserta telah hadir pada Siri 1 ini mewakili 50 buah sekolah di Semenanjung Malaysia, fasilitator dari KPM, ISN dan UPM serta pakar rujuk TID UPM. Kursus ini menerapkan peserta dengan kefahaman teori dan praktikal berkenaan pelaksanaan bateri ujian MYTID dan penggunaan aplikasi bagi pengumpulan data kelak. Majlis penutupan kursus telah disempurnakan oleh YBrs KPE ISN.

PENERANGAN FASILITATOR

TENAGA PENGAJAR / TALENT EAGLE

PERHIMPUNAN PROGRAM

TEAM

Share this post