Penambahbaikan proses sedia berdasarkan rujukan terkini dan insiatif penyeragam latihan dan ujian pengenalpastian bakat.
Mengenalpasti kesahihan dan kebolehpercayaan ujian yang akan diguna pakai kepada murid-murid di sekolah-sekolah seluruh Malaysia.
Mengenalpasti kaedah yang bersesuaian untuk mendapat data setiap pergerakan murid-murid berdasarkan ujian kemahiran motor (Pion 2015).
Memperluaskan tapak penyertaan bakat-bakat baru seawal umur tujuh (7) Tahun yang berpotensi di peringkat akar umbi untuk dikenalpasti.
Meningkatkan bilangan bakat dalam sukan prestasi tinggi dan penyertaan komuniti dalam sukan untuk semua serta menyahut aspirasi kerajaan dalam meningkatkan aktiviti fizikal dan menuju misi menjadi negara bersukan / sporting nation.