LATAR BELAKANG
BATERI UJIAN MYTID
Secara umumnya, pengenalpastian bakat dan pembangunan bakat (TID) akan mengukur antropometri dan keupayaan fizikal. Namun, pendekatan terkini KBS menerusi ISN adalah meneroka kaedah bagi melihat potensi bakat melalui ujian kemahiran motor.
Beberapa siri perbincangan bersama pakar rujuk tempatan dan antarabangsa telah diadakan bagi pemilihan komponen bateri ujian yang akan dijalankan antaranya Professor Emeritus Dr.Allan Hahn, Australia Institute of Sport (AIS) dan Prof Dr.Johan Pion dari Universiti Ghent Belgium dan merupakan Ketua Jabatan Penyelidikan TID di Han University of Applied Sciences, Holland.
Bateri ujian ini mengadaptasi kaedah SportKompas Belgium dan Holland yang telah digunapakai secara meluas sejak tahun 2006.
Penambahbaikan berterusan elemen TID melalui kaedah penyelidikan akan diterapkan bagi memastikan inisiatif utama ini dapat terus menyokong kesinambungan Visi Sukan Negara (VSN2030).
Berikut merupakan tiga (3) komponen bateri ujian TID yang merangkumi 15 bateri ujian.