KERTAS KERJA ROADMAP PEMBANGUNAN ATLET NEGARA

MESYUARAT PENGEMASKINIAN KERTAS KERJA ROADMAP PEMBANGUNAN ATLET NEGARA BAGI TUJUAN PEMBENTANGAN HIGH LEVEL COMMITTEE (HLC)

Barisan kepimpinan strategik daripada Institut Sukan Negara (ISN) dan Majlis Sukan Negara (MSN) telah bersidang dalam sesi Mesyuarat Pengemaskinian Kertas Kerja Roadmap Pembangunan Atlet Negara bagi tujuan pembentangan High Level Committee (HLC).
 
Antara agenda utama mesyuarat pengemaskinian kertas kerja ini merangkumi pembentangan dokumen strategik Malaysia Talent Plan (MyTP) dan cadangan kerangka kertas kerja HLC.
 
Jaringan kerjasama ISN bersama MSN adalah penting dalam merangka kesinambungan hala tuju strategik pembangunan pelan bakat sukan kebangsaan merentas pelbagai sektor dan agensi yang sistematik dan mampan.
 

Share this post