KEMENTERIAN PENDIDIKAN TINGGI

KPT menyokong pembangunan bakat sukan melalui dua (2) pendekatan utama iaitu penglibatan pelajar dalam acara sukan anjuran KPT iaitu Sukan Institusi Pengajian Tinggi (SUKIPT) dan juga memberi tumpuan khusus kepada pembangunan atlet di institusi pengajian tinggi terpilih, iaitu Pusat Kecemerlangan Sukan (PKS) dan Pusat Sukan Tumpuan (PST). Program-program ini...

Read more...

KEMENTERIAN PENDIDIKAN

Sekolah Sukan Malaysia (SSM) dan Sekolah Sukan Negeri (SSN) bertanggungjawab mengenal pasti dan membangunkan bakat sukan berpotensi di peringkat kebangsaan dan negeri. Institusi-institusi ini mendaftarkan pelajar melalui proses Program Mengenal Pasti Bakat yang menilai kedua-dua kelayakan akademik dan potensi sukan, termasuk metrik prestasi fizikal.Pelajar yang ingin menyertai SSM dan SSN...

Read more...

MAJLIS SUKAN NEGARA

Model Pembangunan Bakat di bawah Majlis Sukan Negara memfokuskan program Pembangunan bagi sukan berprestasi tinggi dengan pelaksanaan Program Bakat Olimpik (10 Sukan), Program Bakat (9 Sukan) dan Program Khas (11 Sukan).  Pelaksanaan Program Pembangunan ini bekerjasama rapat dengan Persatuan Sukan Kebangsaan dan Majlis Sukan Negeri bagi atlet berusia 13-21 Tahun...

Read more...

INSTITUT SUKAN NEGARA

ISN memainkan peranan penting dalam ekosistem TID Malaysia selaras dengan Akta Institut Sukan Negara 2011 (Akta 729). ISN, melalui Cawangan TID, bertanggungjawab membangunkan dan mengkaji semula pendekatan berasaskan bukti serta sistematik untuk mengenal pasti dan membangunkan bakat sukan secara berkesan dan berterusan. ISN mengetuai perancangan dan pelaksanaan inisiatif pengenalpastian bakat...

Read more...

KEMENTERIAN BELIA DAN SUKAN

JABATAN BELIA DAN SUKAN NEGARA (JBSN) JBSN mempromosikan visi “Sukan untuk Semua”, memastikan akses inklusif kepada aktiviti fizikal untuk semua segmen masyarakat, termasuk kanak-kanak, belia, OKU dan komuniti yang kurang mendapat perkhidmatan. Melalui pendekatan ini, JBSN bermatlamat untuk memupuk budaya penyertaan aktif, kesihatan dan kesejahteraan di seluruh negara.I-Talent...

Read more...

EKOSISTEM BAKAT SUKAN MALAYSIA

MyTP mengakui kewujudan pelbagai program TID yang dilaksanakan secara berasingan oleh pelbagai pemegang taruh pada masa iniWalaupun sesetengah PSK dan Persatuan Sukan Negeri telah memulakan program TID secara bersendirian, namun usaha tersebut seringkali dilihat tidak bersepadu dan dilaksanakan secara tidak konsisten serta memerlukan sokongan kewangan yang kukuh selain kapasiti...

Read more...

OBJEKTIF PELAKSANAAN MyTP

MyTP dibangunkan berdasarkan amalan terbaik dalam TID dan seiring dengan agenda nasional yang memandu pembangunan dan pelaksanaan Model MyTP Dokumen MyTP bertujuan untuk mewujudkan dan menyelaras program TID yang mengaplikasikan  amalan terbaik daripada negara-negara sukan yang berjaya disesuaikan untuk mencerminkan keunikan rakyat dan budaya Malaysia.Pada asasnya, ekosistem TID Malaysia perlu...

Read more...

MENGAPA PERLUNYA MyTP?

Sukan berfungsi sebagai agen perpaduan yang ampuh, dengan memupuk perpaduan sosial dan merapatkan jurang agama, komuniti dan politik. Seperti banyak negara lain, Malaysia telah berjaya memanfaatkan kuasa penyatupaduan sukan untuk memperkukuh keharmonian negara. Selain peranannya dalam mempromosikan perpaduan, sukan menyediakan landasan untuk atlet dari semua demografi untuk bersaing demi...

Read more...

TAKRIFAN BAKAT DALAM SUKAN

KEPENTINGAN PENGENALPASTIAN DAN PEMBANGUNAN BAKAT (TID) DALAM SUKAN TID memainkan peranan penting dalam memupuk kecemerlangan atlet melalui pengenalan dan pemupukan potensi atlet muda secara sistematik. Bakat dalam sukan sukar untuk ditakrifkan secara tepat, tetapi secara umumnya merangkumi pelbagai kualiti yang berkaitan dengan kejayaan masa depan. Proses TID terdiri daripada...

Read more...

APAKAH ITU PELAN BAKAT SUKAN KEBANGSAAN (MyTP)?

MyTP merupakan kerangka strategik kebangsaan yang dibangunkan untuk membimbing proses pengenalpastian, pemupukan dan pembangunan bakat sukan di seluruh Malaysia. Sebagai model bakat kebangsaan, MyTP berperanan sebagai kerangka rujukan komprehensif bagi pemegang taruh dalam melaksanakan program Pengenalpastian dan Pembangunan Bakat (TID) sedia ada dan untuk masa hadapan. Kerangka strategik ini bertujuan...

Read more...