PROGRAM LIBAT URUS AKAR UMBI, PENGENALPASTIAN BAKAT (TALENT ID HOKI) & PROGRAM KEMAHIRAN HOKI – SIRI 2

1-2 Ogos 2026 | Stadium Hoki Azlan Shah, Ipoh, Perak

Inisiatif pengenalpastian dan pembangunan (TID) bakat sukan hoki diteruskan menerusi penganjuran Program Maybank Hockey Grassroots Talent Identification (Talent ID) Siri 2 pada 1 hingga 2 Ogos 2026 bertempat di Stadium Azlan Shah, Ipoh, Perak. Program anjuran Maybank dengan kerjasama Institut Sukan Negara (ISN) melalui Cawangan Pengenalpastian dan Pembangunan Bakat (TID) ini telah berjaya menghimpunkan seramai 319 peserta, terdiri daripada 275 kanak-kanak berusia 7 hingga 12 tahun bagi Program Hockey Grassroots serta 44 remaja berusia 16 hingga 18 tahun bagi pelaksanaan (Talent ID).

Sepanjang program, para peserta menjalani klinik asas hoki, saringan awal penilaian soal selidik saintifik kecenderungan bakat (SportKompas I LIKE), dan bateri ujian TID berasaskan amalan terbaik (best practices) yang dikendalikan oleh Institut Sukan Negara (ISN) bersama Talent Eagle (Tenaga Penguji) Maybank. Program Talent ID ini akan diteruskan lagi ke beberapa negeri menerusi penganjuran siri-siri seterusnya. Syabas dan tahniah kepada semua peserta dan pemegang taruh yang terlibat.

Share this post