OBJEKTIF PELAKSANAAN MyTP

MyTP dibangunkan berdasarkan amalan terbaik dalam TID dan seiring dengan agenda nasional yang memandu pembangunan dan pelaksanaan Model MyTP

Dokumen MyTP bertujuan untuk mewujudkan dan menyelaras program TID yang mengaplikasikan  amalan terbaik daripada negara-negara sukan yang berjaya disesuaikan untuk mencerminkan keunikan rakyat dan budaya Malaysia.

Pada asasnya, ekosistem TID Malaysia perlu memberi tumpuan kepada komponen berikut:

  • Meningkatkan penyertaan di peringkat akar umbi.
  • Melahirkan jurulatih dan guru PJ yang mencukupi, berkelayakan serta berpengalaman di semua peringkat.
  • Menstrukturkan dan menyeragamkan program TID di semua peringkat.
  • Mewujudkan hubungan dan peranan yang jelas antara entiti.
  • Mewujudkan pembiayaan dan infrastruktur yang mencukupi.
  • Mempromosikan pendekatan berasaskan data dalam TID.
  • Mempromosikan penambahbaikan secara berterusan menerusi penyelidikan dan pembangunan (R&D) yang konsisten, usaha serta perkongsian pengetahuan.

Share this post