KURSUS PENSIJILAN MASTER TRAINER TALENT ID
sukur2025-12-15T10:06:59+00:00ADAPTASI (SPORTKOMPAS)
Cawangan Pengurusan Bakat, Bahagian Penyelidikan dan Inovasi, Institut Sukan Negara telah menganjurkan Kursus Pensijilan Master Trainer Talent ID (Adaptasi SportKompas permula 19hb-21hb Mei 2025 di Bangi Golf Resort Hotel.
Kursus ini bertujuan untuk melatih barisan Master Trainer Talent ID/fasilitator bagi membimbing tenaga penguji MyTID (Talent Eagle) serta pemegang taruh yang terlibat dalam pengenalpastian dan pembangunan bakat sukan di peringkat akar umbi.
Kursus ini dikendalikan oleh barisan pakar antarabangsa dari Universiti Ghent, Belgium yang diketuai oleh Emeritus Prof. Dr. Johan Pion, Dr. Pieter Vansteenkiste dan Lode Goossens.
Seramai 12 peserta yang terdiri daripada wakil ISN dan IPTA telah didedahkan dengan kaedah teori dan praktikal berkaitan pengujian saintifik bateri ujian (adaptasi SportKompas) merangkumi kecergasan fizikal dan kecenderungan bakat pengenalan kepada pembangunan platform TID dan peranan setiap pemegang taruh melalui perkongsian kisah kejayaan SportKompas di Belgium boleh dijadikan sebagai penanda aras dan salah satu model rujukan ISN.
Inisiatif ini dijangka dapat meningkatkan kualiti penyampaian perkhidmatan ISN serta selari dengan Pelan Tindakan KBS dan Teras Pembangunan Bakat yang diaspirasikan dalam Visi Sukan Negara 2030 (VSN).
