KOA KLUANG, JOHOR

Program mytid ISN Laksana Bateri Ujian MyTID di Jelajah Sukan Komuniti Orang Asli di Johor

Program mytid ISN Laksana Bateri Ujian MyTID di Jelajah Sukan Komuniti Orang Asli di Johor

KLUANG, JOHOR, 18 Oktober 2025 – Institut Sukan Negara (ISN) melalui Cawangan Pengenalpastian dan Pembangunan Bakat (TID) telah meneruskan pelaksanaan bateri ujian MyTID sempena di Program Jelajah Sukan Malaysia Aktif Komuniti Orang Asli (KOA) 2025 yang berlangsung di Kampung Orang Pengkalan Tereh, Kluang, Johor.
Seramai 30 anak-anak Orang Asli telah menyertai sesi bateri ujian MyTID yang dilaksanakan bagi mengenal pasti tahap kecergasan fizikal dan kecenderungan bakat dalam sukan dari peringkat akar umbi, sejajar dengan usaha ISN memperkukuh ekosistem pengenalpastian dan pembangunan bakat sukan secara saintifik dan inklusif.

Share this post