MESYUARAT PENYELARASAN PROGRAM MYTID KPM-KBS TAHUN 2026
sukur2026-04-26T17:12:19+00:00
Institut Sukan Negara (ISN) menerusi Cawangan Pengenalpastiandan Pembangunan Bakat (TID) terus komited memantapkan inisiatif rentas Kementerian berkaitan pengesanan bakat akar umbi melalui penganjuran Mesyuarat Penyelarasan Program MyTID KPM_KBS Tahun 2026.
Mesyuarat yang dipengerusikan oleh Dr. Vellapandian Ponnusamy,Ketua Pegawai Eksekutif ISN ini meneliti dapatan menyeluruh hasil pelaksanaan program MyTID (Proof of Concept) bagi tempoh 2023 hingga 2025.
Sesi strategik ini turut dihadiri oleh En. Ithnin Mahadi, Pengarah Bahagian Sukan, Kokurikulum dan Kesenian (BSKK) KPM, Dr. Yeo Wee Kian, Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif (S) ISN, serta Encik Zaid Bin Mohd Ghazali, Ketua Cawngan TID, bersama En. Mohammad Idzwan Farees Bin Mohamad Mohi, pegawai BSKK serta barisan pegawai Cawangan TID, ISN. Fokus utama mesyuarat adalah bagi merangka hala tuju strategik melalui cadangan program lanjutan rintis MYTID susulan fasa POC tersebut.
Melalui kerjasama strategik antara KBS (ISN) dan KPM (BSKK), beberapa inisiatif penambahbaikan elemen TID dikenal pasti bagi memastikan setiap proses pengesanan proaktif ini diambil bagi memastikan penambahbaikan berterusan dalam system pembangunan atlet bermula dari peringkat akar umbi, sekaligus menjamin kelestarian pembangunan bakat sukan kebangsaan yang mampan.
