MAJLIS PELUNCURAN DOKUMEN PELAN BAKAT SUKAN KEBANGSAAN (MyTP)

Malaysia melangkah ke era baharu sukan berprestasi tinggi.

Peluncuran bangunan pusat prestasi tinggi negara dan dokumen pelan bakat sukan kebangsaan (MyTP) oleh YB Dr. Mohammed Taufiq Johari, Menteri Belia dan Sukan menjadi detik penting dalam memperkukuh landskap sukan negara ke arah lebih moden, sistematik dan berteraskan sains.

Fasiliti baharu di Institut Sukan Negara ini bakal menjadi hab utama pembangunan atlet elit negara dengan sokongan teknologi terkini, analisis data serta kepakaran sains sukan bertaraf dunia.

 

Pelancaran MyTP pula memperlihatkan komitmen strategik negara dalam membangunkan bakat sukan secara menyeluruh – dari akar umbi hingga ke pentas antarabangsa  – melalui pendekatan berstruktur, bersepadu dan evidence-based.

Langkah ini diyakini akan memperkukuh daya saing Malaysia serta melahirkan lebih ramai atlet berprestasi tinggi yang mampu mengharumkan nama negara di peringkat global.

Share this post