KEMENTERIAN PENDIDIKAN TINGGI

KPT menyokong pembangunan bakat sukan melalui dua (2) pendekatan utama iaitu penglibatan pelajar dalam acara sukan anjuran KPT iaitu Sukan Institusi Pengajian Tinggi (SUKIPT) dan juga memberi tumpuan khusus kepada pembangunan atlet di institusi pengajian tinggi terpilih, iaitu Pusat Kecemerlangan Sukan (PKS) dan Pusat Sukan Tumpuan (PST). Program-program ini bertujuan melahirkan pelajar-atlet sebagai Atlet Pemikir dengan menggabungkan pembelajaran akademik dan latihan sukan berprestasi tinggi.

 

Institusi penyelidikan dan pakar dari universiti telah menyumbang secara meluas kepada pertumbuhan bakat dan R&D, memperkukuh kedua-dua program kecemerlangan sukan institusi dan sistem pembangunan atlet kebangsaan Malaysia.

Penyertaan atlet dalam pertandingan berprestij serta diiktiraf di peringkat nasional / antarabangsa.

 

Share this post