PELAN BAKAT SUKAN KEBANGSAAN
MALAYSIA TALENT PLAN (MyTP)
Pelan Bakat Sukan Kebangsaan (MyTP) telah dibangunkan sebagai rangka kerja panduan strategik kebangsaan untuk memperkukuh ekosistem Pengenalpastian dan Pembangunan Bakat (TID) negara. Berasaskan amalan terbaik antarabangsa dan disesuaikan dengan konteks sosial, budaya dan sukan Malaysia yang unik, pengenalan MyTP bertujuan untuk menyediakan pencerahan hala tuju, penyelarasan dan penyeragaman kepada semua pemegang taruh yang terlibat dalam memupuk bakat sukan, bermula daripada penyertaan di peringkat akar umbi sehingga ke tahap prestasi elit.
MODEL PELAN BAKAT SUKAN KEBANGSAAN
Model MyTP merupakan satu pendekatan berstruktur yang berfungsi sebagai panduan untuk mengenal pasti, membangunkan dan memupuk atlet yang berprestasi tinggi bagi pembangunan atlet jangka masa panjang. Model ini direka untuk memastikan pelaksanaan program Pengenalpastian dan Pembangunan Bakat (TID) menjadi tanggungjawab bersama, sejajar dengan keperluan dan aspirasi yang di kenalpasti melalui penglibatan semua pemegang taruh.
Model ini memperkasakan pelbagai pemegang taruh untuk melaksanakan program bakat sukan spesifik masing-masing, sekali gus menyumbang kepada ekosistem yang lebih holistik dan inklusif.
Malaysia komited untuk memperkukuh laluan atlet berprestasi tinggi dan pada masa yang sama memupuk budaya sukan sebagai norma dalam kehidupan seharian. Penekanan terhadap kepentingan menyumbang kembali kepada sukan tanah air dapat memastikan sumber-sumber dan individu-individu berbakat terus kekal berada di dalam negara dan memberi tumpuan kepada pembangunan kemahiran serta penciptaan nilai bagi menyokong kemajuan sukan tanah air. Melalui pendekatan demokratik dan inklusif ini, Model MyTP berhasrat untuk membangunkan ekosistem sukan yang mampan demi memberi manfaat kepada seluruh rakyat Malaysia.
Rangka kerja MyTP direka khusus mengikut konteks Malaysia, selaras dengan visi negara untuk menjadi sebuah negara sukan. Model MyTP dibahagikan kepada tiga (3) tahap utama bertujuan mewujudkan ekosistem sukan inklusif yang memupuk budaya sukan yang sihat selain melahirkan atlet berprestasi tinggi.
PERANAN PEMEGANG TARUH
PELAN PELAKSANAAN
