MAJLIS SUKAN NEGARA

Model Pembangunan Bakat di bawah Majlis Sukan Negara memfokuskan program Pembangunan bagi sukan berprestasi tinggi dengan pelaksanaan Program Bakat Olimpik (10 Sukan), Program Bakat (9 Sukan) dan Program Khas (11 Sukan).

 

Pelaksanaan Program Pembangunan ini bekerjasama rapat dengan Persatuan Sukan Kebangsaan dan Majlis Sukan Negeri bagi atlet berusia 13-21 Tahun dengan bantuan elemen jurulatih, pusat latihan, peralatan, penyertaan kejohanan dalaman, kejohanan kebangsaan, kem prestasi tinggi dan pendedahan luar negara.

Share this post